RESET Single Terbaru N.A.W
KUALA LUMPUR — Dunia muzik hip-hop tempatan kini dihangatkan lagi dengan pelancaran single baharu bertajuk “RESET” nyanyian N.A.W edaran Luncai Emas Sdn Bhd., yang merupakan sebuah karya peribadi mengisahkan dinamika perjalanan, cabaran dan transformasi jiwa beliau dalam bidang muzik.
N.A.W atau nama sebenarnya Nur Ahmad Wastie , berasal dari Sabah telah menceburi bidang muzik HipHop melalui pengaruh rakan – rakan dan keluarga yang aktif menulis serta mencipta beat lagu itu sendiri. Daripada persekitaran tersebut, beliau mula mempelajari proses pembentukan muzik hip-hop seterusnya membentuk identiti serta arah tuju muziknya yang tersendiri.
“Lagu RESET ditulis berdasarkan perjalanan saya dalam bidang muzik yang penuh dengan liku-liku, cabaran dan pelbagai ujian. Dalam perjalanan ini, saya percaya ada masanya kita perlu berhenti seketika, menilai semula apa yang telah dilalui dan melakukan reset untuk kembali dengan semangat yang baharu.” Jelas N.A.W
N.A.W turut berkata “Saya memilih Luncai Emas sebagai platform untuk pelancaran lagu RESET kerana sebelum ini saya telah diperkenalkan kepada pihak Luncai Emas melalui Luca Sickta daripada LS&BEAT LEGACY. Hubungan dan pengalaman tersebut menjadi antara faktor yang mendorong saya untuk memilih Luncai Emas bagi release kali ini. Saya berharap kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang dan menjadi satu lagi langkah positif dalam perjalanan muzik saya.”
LS&BEAT LEGACY merupakan syarikat milik Luca Sickta ( Komposer dibawah Luncai Emas ) . Hakcipta lagu ‘’Reset’’ adalah dibawah LS&BEAT LEGACY , secara tidak langsung ditadbir oleh Luncai Emas Sdn Bhd.
Menerusi single ‘’Reset’’, Luncai Emas Sdn Bhd terus meneroka sisi baharu muzik dengan mengetengahkan genre hip-hop yang segar, berani dan berbeza.Diharapkan single ini memberikan motivasi kepada pendengar – pendengar di luar sana.
Lagu “RESET” kini boleh didengar di semua platform penstriman muzik digital utama, manakala muzik video lirik boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Luncai Emas.

